ALAT KEMAHIRAN BERFIKIR







CONTOH PETA MINDA


PENGENALAN

Peta minda telah digunakan sejak berzaman untuk tujuan pembelajaran, percambahan fikiran, ingatan, pemikiran visualisasi dan penyelesaian masalah oleh para pendidik, jurutera, pakar psikologi dan orang ramai secara umumnya. Menurut Buzan (2003), peta minda digunakan dalam pelbagai bentuk dan aplikasi termasuklah dalam bidang pembelajaran dan pendidikan di mana sering kali ia diajar sebagai “jaring” atau “penjaringan”, merancang dan pengilustrasian dalam kejuruteraan. Jikalau dibandingkan dengan peta konsep yang dibangunkan oleh pakar pembelajaran pada 60-an, peta minda adalah menyerupainya tetapi ia adalah lebih ringkas, berjejari dengan hanya ada satu kata kunci dari pusatnya. Oleh hal yang demikian, peta minda mampu memberi banyak kelebihan kepada diri saya sebagai seorang pelajar seperti meringkaskan maklumat yang padat. Dengan kewujudan alat berfikir sebegini, saya dapat membuat nota menjadi lebih mudah dan semestinya hasil kerja saya merupakan hasil kerja yang berkualiti serta sistematik .

No comments:

Post a Comment

SELAMAT DATANG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera Blog ini mengandungi pelbagai ilmu yang bermanfaat untuk semua pembacanya Diharapkan pembaca dap...